Total Pageviews

CC Pindah!!


Logo Syarikat (nama komersial - City Cyber)


Tempat lama... (bye2)
T.T

Setelah 5 tahun menjalankan perniagaan, kini kami akan berpindah. Perniagaan ni membesar sama-sama dengan aku(ceh.. poyo plak), mematangkan minda aku nih biler berdepan dengan macam-macam ragam manusia kat sini(matang la sangat?). Kat sini macam-macam pengalaman aku dapat, jadi cikgu untuk student yang kursus komputer, speaking B. Inggeris ngan foreigner (ntah betul ke x aku tak tau, yang aku tau.. "hentam" jer la...). Klakar juga bila pike balik kenangan2 nih. Aku penah kene marah, maki hamun ngan customer (aku marah customer pun ade gak.. hehe). Mama ngan Papa busy kemaskan barang2. yela nk pindah. Huhu~. Selalu, Bintang tu la tempat shooping yang selalu aku pg.. asyik2 Bintang, sampai plastik Bintang pun penuh kat loker aku.Nanti tempat port shooping keluarga kami Mydin la pulak. Yela la sebelah Mydin. Huhu~
Sedih jugak nak pindah tp nk wat camna. Bile pike balik, "Pindah jer, rileks la.. CC masih on lagi", baru la aku tenang skit and harap-harap kat tempat baru nanti, kami akan lebih berjaya lagi!
-Amin-

InsyaAllah, sementara tunggu result SPM nanti aku tolong parents aku sambung bisnes nih..
(tp nk jd Astronomer, camna ni?)

City Cyber

Memory with Ham-Ham

Pada tahun 2005, kami dikejutkan dengan "seorang" lagi ahli dalam keluarga kami, iaitu seekor hamster bernama HAM-HAM. HAM-HAM manja sangat. Kami sekeluarga sayangkan dia. Walaupun dia haiwan, dia masih lagi boleh bermanja dengan kami, bermain-main dengan kami (walaupun kecil, risau jugak takut terpijak). Kalau HAM-HAM penat, dia berhenti dekat kami, pastu tidur, sambil belai-belai muka dia. Tak boleh lupa muka dia yang comel tuh. HAM-HAM suka sangat makan kuaci. Ingat lagi masa tu, kami bagi dia kuaci, dia makan dekat-dekat kami sambil belai-belai badan dia. Ngada-ngada!


Bukan gambar sebenar : HAM-HAM tetap dalam ingatan

Ada sekali tu, HAM-HAM hilang! Dia termasuk kat dalam lubang kat tepi longkang. Kami semua kelam-kabut cari dia. Adik aku, Fifa dah meraung-raung dah (dia rapat ngan HAM-HAM). Kami risau takut HAM-HAM kene makan dengan ular ke, mati sebab lapar ke, lemas dan macam-macamla. Semua risau. Mama la yang usaha letak susu pekat kat tepi-tepi longkang tu nak panggil HAM-HAM keluar. Tak lama pastu, HAM-HAM datang. Kami apa lagi, terus tarik dia keluar. Kami bersyukur sangat sebab masa tu Allah bagi kami kesempatan untuk bersama dengan HAM-HAM lagi. Sejak dari kejadian tu, kami jaga dia baik-baik. Tapi, apakan daya, ajal maut ditangan Allah Yang Maha Esa. HAM-HAM pergi jua meninggalkan kami pada tahun 2007 . 3 Tahun kami bersama, memori itu tetap akan terpahat dalam hati kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...