Total Pageviews

Kisah Hati buat Mak long

Bismillahhirahmannirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

Setelah sekian lama blog ni tak dijenguk, jari-jari ini digagahkan untuk menulis, meluahkan isi hati untuk dikongsi bersama semua.

Tanggal 30 April 2013. Jam 5 petang, mesej dari mama diterima..

"Nina, mak long condition worst. Doc panggil semua family member berkumpul"

Ya Allah... Di saat ketika mesej dibaca, apa yang ada di fikiran hanya mak long. Doa tidak lekang dibaca. Kaki terus melangkah menaiki bas. Hanya bertawakal semoga Allah mempermudahkan jalanku. Alhamdulillah dengan izin Allah, berjaya juga sampai ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) walaupun pada mulanya mama risau dan tak bagi datang sebab hujan lebat dan hari semakin gelap. 

Sampai di PPUM, nampak Mama, nampak Nenek (yang mesra dengan panggilan Nani). Terus pergi ke mereka, peluk mereka. Nani kata

"Ninaa.. doakan mak long ninaa.. semoga mak long sihat balik.."

Tiada kata mampu diucap. Air mata berjujuran. Mata mama juga merah. Muka mama menceritakan segala keresahan dan kesedihan mama. Keluarga Pak Ngah pun ada. Semua family ada. Waktu itu, hanya doa menjadi peneman.

Tak lama selepas tu, doktor panggil masuk wad ICU.

"Keluarga Roshidah Rashid! Semua masukk!"

Kami meluru masuk. Hati berdebar-debar. Masuk dalam wad, tengok Mak Long. Wayar penuh kat badan. Mak long seperti tak bermaya. Skrin menunjukkan tiada degupan jantung. Ya Allah.. Mak long dah tak ada ke?

Apa yang didengar waktu tu.. doktor kata...

"She's dying...."

Ya Allah.... kaki rasa tak mampu berdiri, air mata tak henti, doa dibibir, mengharapkan keajaiban dariNya. Mama pergi ke telinga mak long, dengan juraian air mata, mengucapkan kalimah syahadah ditelinga mak long. Nina pegang kaki mak long. Sejuk. 

"Mak long.... Nina datang.....Nina datang ni.."

Kemudian, kami disuruh berkumpul di sebuah bilik, tirai mak long ditarik. Mereka nak try buat CPR kat mak long. Dalam bilik, doktor ceritakan semua proses dari mula hingga akhir,..doktor cakap..mereka dah buat habis baik untuk selamatkan mak long, tapi jantung mak long semakin lemah..dan mereka minta izin untuk stop buat CPR.

"...minta maaf,..kami dah cuba sehabis baik,.....kami minta izin dari pihak keluarga untuk stop CPR dan cabut wayar-wayar...dan mayat boleh tuntut di bilik mayat.."

Hanya Allah sahaja tahu macam mana perasaan waktu itu.Sekitar jam 8.30 malam, mak long pergi menghadap Illahi, meninggalkan kami semua. Ya Allah.. rasa susah nak terima, tapi kami akur.. kami akur dengan ketentuanMu, Ya Allah... Kata pak ngah..
"..doktor buatlah apa yang terbaik,... kami redha.. "

 Keluar sahaja dari bilik, kami ke katil mak long... Mama peluk nina...mama rasa bersalah sebab mama kata, mak long tak nak datang hospital. Nina peluk mama..

"Kita kena redha maa.. kita kena terima...Allah lebih sayangkan mak long. Bila-bila masa nanti kita pula akan pergi jugak, ikut mak long..."

Suasana di hospital waktu tu tak mungkin dilupa. Semua lemah, bagaikan sukar mempercayai bahawa mak long telah pergi,.. meninggalkan kami semua. Tapi kami akur,..kami akur dengan ketentuanMu, sesungguhnya mati itu pasti dan kami juga akan pergi menghadapNya satu hari nanti.

"Ninaa.. ikut papa balik..tolong kemas-kemas rumah.... kita bawak mak long balik rumahh..."

Jenazah mak long dimandikan dan dikafankan di masjid berdekatan Universiti Malaya dan dibawa ke rumah, untuk urusan tahlil dan pengkebumian.


Jenazah mak long sampai dirumah sekitar jam 3 pagi. Surah Yassin dibaca berulang kali. Air mata tak henti mengalir. Akbar tak mampu nak meneruskan bacaan Yassin, bila tengok jenazah mak long. Kami tenangkan dia,...

"...Akbar...Allah lebih sayangkan mak long... jangan macam ni... nanti mak long sedihh.."

Jam 9.30 pagi. Jenazah mak long di bawa ke surau, untuk disembahyangkan. Sebelum tu, kami cium mak long buat kali terakhir. Air mata dikesat. Supaya tak jatuh kat mak long. Nina cium pipi maklong, dahi maklong...Lembut... rasa sejuk... lama nina cium mak long..

Selesai disembahyangkan, jenazah di bawa ke tanah perkuburan Islam Sg Choh. Sepanjang perjalanan, cuaca mendung,.. hujan gerimis,..seperti menangisi pemergian mak long.


Mak long di semadikan dengan lancar. Pak Uda, Pak ngah dengan Akbar tolong turunkan mak long ke liang lahad. Anak-anak buah mak long tolong tanamkan mak long. Kami cuba habis baik untuk mak long. Nak berjasa buat mak long hingga ke ahirnya.



Nani bagitau nina..mak long ada cakap kat nani...

"Mak... nanti kita pergi tengok nina kat Shah Alam eaa.."


Mak long...
Nina sayang mak long,
Nina minta maaf sebab tak dapat lawat mak long masa mak long sakit.
Nina minta maaf andai nina ada buat salah dengan mak long,
Nina minta maaf andai nina ada terguris hati mak long.
Mak long sangat baik dengan kami.
Sangat pemurah.
Pemurah dengan harta,
Pemurah dengan senyuman.




Lepas ni
Nina rindu nak dengar gelak tawa mak long
Nina rindu dengan senyuman mak long
Nina rindu dengan celoteh mak long
Nina rindu nak pergi jalan-jalan dengan mak long
Nina rindu nak rasa masakan mak long
Nina rindu nak joget-joget dengan mak long macam masa raya lepas..
dengan kak mira sekali..
Nina rindu nak gelak-gelak dengan mak long lagi
Nina rindu nak bergaya sama dengan mak long lagi
Nina rindu semua pasal mak long.
Nina rindu mak long.
Nina sayang mak long sangat-sangat.
Kami semua sayang mak long.
nanti kami akan selalu lawat kubur mak long ye?
hari-hari lalu pergi Rawang dah boleh nampak kubur mak long.
Mak long jangan risau pasal Daniel tau.
Kitaorang jaga Daniel.
Kitaorang sayang Daniel macam adik kami sendiri.

 




Mak long,
Nina akan ingat pesan mak long smpai bila-bila.
Nina nak jadi kuat macam mak long
sangat tabah menjalani liku-liku kehidupan
tuhan je tahu apa di hati mak long kan?
mak long tak pernah tunjukkan semua tu depan kami semua kan?
mak long sangat pemurah,
tak pernah pun kedekut
bukan hanya dengan wang ringgit,
malah murah dengan senyuman.
Mak long selalu ikut kat mana pun nina pergi belajar.
Masa nak daftar sekolah kat Sabak Bernam mak long ikut,
kat UiTM Puncak Alam mak long ikut
kat Shah Alam pun mak long ikut.
Lepas ni pun mak long tetap ikut.
Mak long tetap ada dalam hati kami
sampai bila-bila.

Nina Sayang Mak long.

Al-Fatihah.
Arwahyarhamah Roshidah bt Rashid
Semoga ditempatkan dikalangan para solihin
dan semoga tenang di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...