Assalamualaikum w.b.t
Okay, for this post, let's start in Bahasa.
Tahun 2008.
Bermulalah sebuah perjalanan hidup yang baru buat Amanina Abd Sukor apabila dia dipanggil untuk melanjutkan pelajaran ke SBPI Sabak Bernam. Ya, gementar, gelisah semua ada. Apatah lagi, ini merupakan sebuah pengalaman baru baginya untuk menempuh hidup di sebuah sekolah berasrama penuh. Kisah di Sabak Bernam, tak boleh cerita di sini, tunggulah nanti dalam post yang lain, panjang sangat kalau nak cerita.
Sepanjang 2 tahun di SBPI Sabak Bernam, banyak sangat benda yang dipelajari oleh Si Amanina. Dan sebagai tanda penghargaan kepada semua, ,dengan segala keringat, peluh dan air mata (ada ke air mata? menipu...!) menggunakan sepenuhnya (tak juga) sel-sel didalam otak, maka, terhasillah sebuah poem khas buat rakan-rakannya.
Poem yang diberi nama Sonnet 17.
FAQs :
#1 : Kenapa 17?
Jawapan : Ntahlah,, sebab masa form 5 (waktu poem ini 'dilahirkan') semua umur 17 tahun. Senang cerita, abaikan je la number 17 itu.
#2 : Mana dapat idea buat ni?
Jawapan : Owh.. idea? waktu di tingkatan 3, (semasa bersekolah di SMK SG. CHOH) kawan baik saya ; Aiuny telah 'merosakkan' sebuah poem A Samad Said yang bertajuk "The Dead Crow", yang menyebabkan Si Amanina gelak terbahak-bahak membaca poemnya itu. Poem asal sebenarnya berasal daripada Shakesphere yang bertajuk Sonnet 18.
#3 : Dari mana dapat words ni semua?
Jawapan : hahahah... sebenarnya words ni semua, daripada korang jugak. Semua idea dan perkataan adalah daripada SBPI SABAK BERNAM itu sendiri. Bermula dengan kawan-kawan kelas 5 Rahmah 2009 hinggalah ke suasana dan persekitaraan sekolah. Setiap satu memori yang tercipta, di abadikan dalam setiap line. Kepada rakan-rakan saya kelas 5 Rahmah 2009, jangan terasa ye, kalau ade yang terasa, 10 jari disusun, memohon maaf..
4 Rahmah 2008
5 Rahmah 2009
Buat rakan-rakan, si Amanina ni tak tau macam mana nak cakap terima kasih kat korang semua. Banyak sangat benda yang aku belajar daripada korang
Special to my dear friend; Arwahyarham Luqman Hakim Zamalolaily,
....
Permergianmu, pastinya dirindui semua, kaum keluarga,guru-guru, rakan-rakan dan mereka-mereka yang mengenalimu..
Terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar dan bimbingan. Walaupun hanya sempat kenal 2 tahun sahaja, segala kenangan tetap terpahat dalam ingatan dan hati kami sampai bila-bila.
Semoga Allah merahmatimu...
Al-Fatihah