Assalamualaikum...
Hehe.. post kali ni nak cerita, siapakah sebenarnya SYAORAN. Sebenarnya nak tulis pasal tutorial macam mana Nina buat 'Doodle Picture' tapi disebabkan rasa nak cerita sangat, [sebab perasaan tu tengah mencurah-curah untuk dilahirkan dalam tulisan XD].
Okay, SYAORAN.
Mungkin ada yang pernah dengar nama budak ni . Haha~ dia hanyalah watak dalam manga/anime : Cardcaptor Sakura dan Tsubasa Reservoir Chronicles ; TRC [cerita pasal anime ni akan diceritakan dengan lebih 'detail' pada post akan datang].
Tapi.......
Hoho... Untuk soalan tu, ummm... kenapa ye Syaoran? Dia sebenarnya seorang yang sangat protektif dan agak sensitif sebenarnya. Walaupun dari riak wajahnya menampakkan dirinya yang sangat 'Kakko ii' [Cool] tapi sebenarnya hati dia sangat mudah tersentuh lagi-lagi dengan orang-orang yang dia sayang =']. Dalam cerita TRC, dia akan buat apa sahaja demi melindungi orang yang dia sayang, iaitu; Sakura . Sebenarnya sejak tengok cerita TRC [lepas habis SPM, setelah bertungkus-lumus 'struggle' untuk SPM, aku 'struggle' baca komik dan tengok anime, hahahha puas rasanya!], banyak benda yang dapat aku pelajari dan fahami pasal hidup ni [jangan ambil kira pasal kisahnya yang boleh menyebabkan akidah kita lari, tapi pandanglah dari sudut kekeluargaan, persahabatan dan perjalanan hidup =) ]Ye, terlalu banyak yang saya dapat fikirkan tentang hidup dan sedikit sebanyak TRC ni banyak mengubah diri aku, untuk menjadi seorang yang lebih berfikir dan bertindak dengan rasional. Alamak, tak boleh cerita banyak sangat la pasal TRC, nanti ada post khas pasal cerita ni ye! .
Sebenarnya dalam post ni, nak cerita, siapa sebenarnya Syaoran bagi Nina? Kenapa Syaoran ni rasa macam orang yang Nina kenal? Teringat dalam cerita TRC, CLAMP (Penulis TRC) banyak tekankan pasal kehidupan ni sebenarnya ada banyak 'dunia' dalam bahasa Jepunnya; "sekkai" (World). Dan kita ada orang yang sama macam diri kita tapi dalam kehidupan yang berbeza. Dalam erti kata lain; 'Different people but have the same soul'. 'Onaji tamashi' ; 'same soul'. Yup! Orang tu mungkin berbeza tapi mempunyai 'soul' yang sama.
Syaoran sebenarnya bagi Nina,.......... adalah.......
.
.
.
.
.
.
.
ABD SUKOR YUSOF
Siapakah insan ini?
Dialah ayah,papa,bapa kepada Nina.
Tapi kenapa papa adalah Syaoran?
Tak ada benda yang sama 100% tepat kepada benda asalnya, melainkan dengan kehendakNya. Papa tidaklah se'Cool' Syaoran atau apa-apa sifat fizikal yang ada pada Syaoran. Tapi apa yang menjadi persamaan adalah dalamannya. Papa sebenarnya seorang yang agak garang (masa kecik-kecik dulu la, sebab kami adik beradik sangat nakal dan suka menyakat antara satu sama lain). Sebenarnya, yang selalu buat papa marah adalah aku, sebab aku tak reti duduk diam! Ada sahaja 'mangsa' yang aku kenekan sehingga menyebabkan mama dan papa bingit telinga mendengar 'nyanyian merdu' adik-adikku. Tapi sekarang papa dah tak garang, mungkin sebab faktor usia. Apa-apa pun, papa sebenarnya tak suka cakap banyak-banyak dan agak sensitif hatinya; macam Syaoran. Papa lagi suka diamkan diri, dan bila papa diam tak bermakna papa tak pernah ambil kisah, tapi papa nak uji kami. Waktu-waktu bila dah masuk semester 2 ni, kekuatan dan keyakinan untuk belajar sebenarnya dah makin kurang. Mungkin sebab terlalu takut dan phobia mula menghantui diri . Dan bila waktu Nina gagal, papa tak pernah sekali pun berhenti percayakan Nina dan berharap pada Nina. Yup! Papa sentiasa percayakan anaknya mampu mengatasi masalah yang muncul dihadapannya! Dan bila waktu perasaan PUTUS ASA itu hampir terungkap di bibir, automatik, hati ini teringat kat papa. Teringat dan terngiang-ngiang di kepala kata-kata papa yang penuh pengharapan . Tak pernah sekali pun papa tunjukkan perasaan PUTUS HARAPAN itu. Bila fikir balik, apa yang membuatkan papa percaya? Mungkin kerana dia adalah seorang BAPA. Sebagaimana seorang IBU, bapa juga punyai naluri.
Perwatakkan lain yang menyamakan papa dan Syaoran adalah..... seorang yang sangat 'protective'. Ya! Papa memang protective! Melindungi keluarga dengan penuh kasih sayang. Apa-apa pun tetap family first! Tapi kadang-kadang, papa boleh jadi terlalu protective atau erti kata lainnya, overprotective. Kenapa? Apa yang Nina perasan, papa sangat-sangat menjaga dan melindungi, terutamanya anak perempuan. Ya! Sebagai anak sulung perempuan, peranan seorang kakak itu amatlah berat! Dan sebagai ANAK SULUNG PEREMPUAN, ya, aku dijaga supaya menjadi seorang perempuan yang sopan dan santun . Akibatnya, agak susah untuk papa bagi kebenaran untuk aku sertai aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan, aktiviti-aktiviti lasak ; Flying fox, wall climbing dll. Mama yang tak kisah aku sertai aktiviti-aktiviti macam tu. Macam terbalik kan? Ada sekali tuh, mama menyatakan hasratnya untuk menghantar anak perempuannya, si AMANINA yang tengah cuti semester selama sebulan untuk menyertai program sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Kedah tahun lalu. Papa dengan penuh persoalan terus menyerang aku dengan 'anak panah yang bertubi-tubi' "Kenapa nak pergi?" "Tak takut pergi sorang?" "Ada kawan ke nak pergi?" "Bahayalah!". Mama yang memberi cadangan, dan aku setuju, tapi papa tak berapa suka. Mama pulak, kalau boleh beriya nak suruh aku pergi. "Biar tau tengok camne orang lain susah kene musibah! Ni tau nk senang je... Biar insaf skit!" Ayat tuh sebijik gedebuk kene kat muka . Adeh. Disebabkan papa susah nak bagi, mama dengan penuh usaha dan keringat memberikan hujah-hujah agar anaknya dibenarkan untuk menyertai program sukarelawan tersebut. Tapi last-last tak juga dapat pergi sebab ada periksa MUET time tu! Adoyai. Kacau... Kalau nak pergi camping pula, papa akan pesan dengan pesanan yang berguni-guni. Kalau pergi jalan-jalan kat theme park satu family atau dengan kak cima, papa risau bila aku sangat excited nak naik roller coaster dan segala benda yang meluluhkan jantung! Hyper sangat rupanya anak Cikgu Sukor ni .
Papa juga adalah seorang bapa yang penyayang. Pernah dulu, waktu habis SPM, si AMANINA ni telah 'mentibai' coklat dengan sangat banyak! Boleh kata, hampir setiap hari beli coklat. Dapat gaji daripada mama, beli coklat, kalau tengah 'sengkek' seperti biasa, Nina akan 'mengecek' duit papa. hehe.. Tak pernah pun papa tak bagi, walaupun dia tahu aku makan banyak, papa hanya akan kata "Bukan eloklah makan coklat banyak-banyak!" tapi tangan still menghulurkan RM2.00. Tapi keadaan akan jadi teruk bila mama tahu! "Asyik coklat je budak ni! Nanti gemuk baru tahu! Dah gemuk bukan senang nk turun! Kita, orang perempuan, kene jaga sikit badan tuh!" Aiseyhh~ Selepas mama bersyarah, aku 'diharamkan' makan coklat buat sementara waktu . Tapi walau macam mana pun, nafsu makan coklat aku tetap tak hilang. Setiap kali ke pasar raya, aku akan terpaku lama, melihat ke arah coklat. Papa tahu. Dan senyap-senyap tanpa pengetahuan mama, papa beli jugak! Yeay!
Papa : Ni last tau! Coklat bukan elok. Tau tak........[papa try bagi fakta yang mengatakan coklat tu tak sedap, dibuat oleh itu la ini....tapi aku tak nak caye.hehe bila dah degil!]
Nina : Ye, pa.. Ni last. Pas ni tak makan dah. hihi.. tapi nape kecik?
Papa : Cukupla tuh! Jangan bagitau mama. Ni last! Ingat!
Tapi sebenarnya tu bukan la 'last' yang sebenar. Lepas tuh ada la 2, 3 kali papa beli lagi, tanpa pengetahuan mama. Ternyata, papa seorang yang penyayang dan tak sampai hati biarkan anaknya 'terseksa'! Macam mana susah sekali pun, sedaya upaya papa akan cuba untuk tunaikan permintaan kami! Sama macam Syaoran! Terharu.Dan nampaknya aku telah menggunakan cheats sepanjang tempoh 'tahanan' berlangsung!
Itulah sedikit sebanyak tentang papa. Tentang kenapa papa adalah 'Taisetsu no hito' [ The Person I Cherished The Most] dan kenapa papa adalah Syaoran . Apa-apa pun bagi Nina, papa adalah seorang bapa yang sangat penyayang! Kami SAYANG papa! Mama JUGA! [Cerita mengenai mama, Nina ada cerita pada blog lagi satu. heheh]
Daisuki! Daisuki! Daisuki te arigatou!
We love you! We love you! Thanks for loving us back!
4 comments:
Dear Nina,
Kak cima suke lah bace space ninot nie. terharu pun ade jugak.
Best sangat.. ^_^
Apa2 pon, happy2 sokmo. jangan sedey2 okey. good luck.
To kak cimop,
Terima kasih kak,
hehe..
Nina ingat pesan akak smpai bile2..
Arigatouuuuu!! =']
Good girl.. hehe ^_^Y
Now I know pakatan anak beranak!
Nanti bapak kau!
Post a Comment