Total Pageviews

REMAJA dan SEKSUALITI

Assalamualaikum...


Pada hari Sabtu 12/2/2010, aku pergi ceramah pasal REMAJA dan SEKSUALITI..
I had problem with that kind of issue when talking about LOVE
and I went there to find the best solution
dan kerana saya tersangatlah bengong eheheh pasal hal-hal macam ini.

Apatah lagi sekarang ni mama selalu cakap pasal perkahwinan, cinta, isteri, suami dan semualah perkara-perkara tentang alam perkahwinan ni. Kadang-kadang tuh rasa tertekan jugak.

"Kenapa lah dengan mak aku ni?"
???

Kalau balik cuti je, itulah antara topik yang mama cuba bualkan. Mungkin mama risau sebab anaknya yang sorang ni, memang tak reti nak bergaul dengan orang apatah lagi dengan kanak-kanak lelaki. (Mama takut aku tak kahwin ke nanti?) Ntah la. Awal lagi untuk bercakap mengenai hal ni.

help

Dah dari dulu masa zaman sekolah lagi, dorang takut dengan aku dan aku pulak jenis yang senyap dan tak pernah ambil tahu pun apa-apa pasal kaum ADAM kat sekolah dulu. Boleh kata teruk aku ni, sampaikan kawan lelaki kelas aku dulu, dah 3 hari dia pindah barulah aku perasan. Itu pun selepas kawan aku bagitau. Kalau tak, sampai habis tahun kot, tak tahu.

Jadi, dengan harapan aku pergi ceramah itu, supaya aku lebih paham, dan tak nak buat mama risau akan anaknya ini.

Apa-apapun, starting sesi pagi tuh sangat menarik! Penceramah tu bernama Pn Normaliza. Dia sangat sempoi dan sporting ketika memberi ceramah! Gaya dia macam remaja masa bagi ceramah.

REMAJA.

"REMAJA : Phase transisi antara kanak-kanak dan dewasa"

Tu lah yg didefinisikan sebagai REMAJA. Pn Normaliza cakap lagi ....

"Sebab tuh kdg2 kamu sendiri (especially teenage girl) bersikap keanak-anakkan dan kdg2 bersikap matang mcm org dewasa. Itu adalah biasa, dan jgn hilangkan sikap keanak-anakkan sbb itu yg mnpkkn kamu COMEL"
nyam

hyperactiveTeruja pula dengar Pn Normaliza nih kata macam ni. Tak la nak kata aku suka dgn word COMEL tuh, but I prefer COOL than CUTE (Nampak lagi smart je kalau guna word COOL) .. hehhe....apa yg menarik perhatian aku, dia tahu, kalau dah nama perempuan, itu memang naluri seorang remaja perempuan. Ya, 'saya' mengaku kadang-kadang tindakan sendiri juga tidak matang. =_='

Pn Normaliza, berkata lagi,

"Waktu remaja adalah waktu untuk HAVE-FUN!"
dance 2dance

Ya! Tapi apa yang dia maksudkan sebenarnya dengan HAVE-FUN sebenarnya? Sebagai remaja, waktu inilah waktu untuk kita explore dunia sekeliling kita. Explore - bukan bermaksud untuk MENCUBA. Ramai remaja terperangkap dengan words ni. FUN macam mana yang kita nak? Ok, untuk soalan tu, anda jawab sendiri.

Waktu sesi ngan Pn Normaliza, beliau bercerita pasal REMAJA, CINTA dan CITA-CITA... Tadi dah cerita sedikit sebanyak pasal REMAJA, sekarang pasal

CINTA
plak...

Ok. Bab ni memang aku FAIL! Seperti yang disebut awal tadi, 'Saya sangat bengong bab ini' Apatah lagi waktu tu tiba-tiba Pn. Normaliza suruh tulis definisi tentang CINTA dan hantar kat depan!

"ERK! WHAT THE?! hurk"
(Memang saya akan kata smpai "what the?" sahaja. Tiada smbungan lain selepas itu perkataan itu. Harap Maklum =.=')

Adoyaiii... ape jela yang boleh aku merepek nak tulis ni?... Pastu aku terus pandang kiri dan kanan, terkebil-kebil nk tulis apa taihen2!.Umpama orang yang sesat tapi malu nak tanya jalan. Orang lain semua semangat tulis dengan laju dan "sepenuh hati"?

Agak-agak lagi beberapa minit nak kena anta aku pun tulis je la ape yang terlintas....


My THINKABLE definition about LOVE at that moment :


CINTA : Perasaan yang wujud dalam sesorang terhadap sesebuah entiti (x semestinya manusia dgn manusia sahaja tapi dengan Allah; The Creator, haiwan, tumbuhan dan benda dll) dan mewujudkan perhubungan antara entiti tersebut.

err...=_=' aku tak pasti ni ke yang aku tulis? Ye la kot lebih kurang. Lebih kurang camni la kefahaman aku tentang soal CINTA. Aku kurang arif dalam hal ni, sebab aku tak penah BERCINTA dgn Homo Sapiens lelaki yg lebih kurang seumur dengan aku. heh he Tapi aku suka definisi daripada budak-budak dalam ceramah tuh.. dia kata

"CINTA adalah sesuatu yg perlu di urus...."

Macam ne nak urus? Uruskan lah dengan bijak.... =]
Macam mana nak urus dengan bijak? Fikir sendiri. ???

Apa yang aku boleh takrifkan tentang CINTA ialah apa yg aku rasa bila CINTA kepadaNYA.
Aku tak pandai sangat nak lahirkan perasaan CINTA ni, dalam bentuk tulisan. Tapi apa yang penting untuk kita tahu ....

DIA SANGAT SAYANG PADA KITA!
hihiihi

Kita je yang tak sedar dan kita lupa ada somebody yang sangat-sangat sayangkan kita. Dan kita kadang-kadang tak sayang pun kat somebody tu. Lupa, sangat-sangat lupa. Kenapa boleh lupa? Sekali lagi, fikir sendiri buek

Keduanya, ialah CINTA pda ibu bapa.. MAMA dan PAPA... Alhamdulillah aku dibesarkan dalam keluarga yang harmoni dan bahagia. Walau camne pun, aku tak nk dan tak kan (kalau boleh, InsyaAllah, mintak dijauhkan...) membelakangkn family aku! Tu adalah prinsip aku sejak dibangku sekolah lagi! Apa-apa pun.. mesti MAMA dulu (after Allah) yang tahu dan at least MAMA orang yang berhak tahu apa-apa pasal si Amanina ni. Sebab bagi aku org yang paling layak ke atas aku adalah MAMA dan lepas tu, PAPA. Aku tak nak sesekali membelakangkan mereka. Mungkin tuh sebab rase kasih dan sayang kepada mereka.

Teringat mase Pn Normaliza ckp :

"Kamu tak berhak cakap pasal CINTA kepada kekasih kamu selagi kamu tak paham erti CINTA kepada IBU BAPA KAMU!"

Aku pun terfikir benda yang sama. Bukan nak kata aku bagus. TAK LANGSUNG! Tapi mungkin sebab aku sangat rapat dengan mama dan dididik dengan cara hidup mama dulu. Pn Normaliza bercerita lagi, pasal pengalaman dia mengandung dan melahirkan anak! PerghhH!! Memang mata dah ber-eye-mo please~ la time tuh! Dah la baru je lepas habis belajar chapter reproduction dalam Biology! Lutut kaki aku tak berhenti menggeletar sampai habis lecture, sehingga lah sampai kat dalam bilik, lutut aku menggelatar sangat bila tau macam ne SAKITNYA NAK BERANAK!!!!!!.... dah tuh, Pn Normaliza sambung lagi pulak "pelajaran" aku... Haish... memang dah 'hujan' lah time tuh... lagi-lagi bila beliau cerita part nak masuk stage DILATION [phase di mana vagina akan membesar dalam kira-kira 10cm!!!] Pergh... arkkk!! Pn Normaliza tak henti kata macam ni..

"Saya terus sakit dan sakit, dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit, serta sakit dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit, serta dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit, serta dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit,dan sakit........."
heh he

Aku dah sampai tak sanggup nak dengar dah! Even dengar perkataan sakit pun aku dah.. terbayang kesusahan mama nak mengandungkan dan melahirkan aku....
dah lahir-lahir, anak yang dikandung dan dibesarkan itu pulak degil! haishhh...

"MMG RSE CM DH NK MATI!" etto..dia ckp lagi,

"Bila kita lahirkan anak, chances utk kita hidup adalah 50-50!"

Dia sambung lagi, time nak susukan anak. Waktu mula-mula nak susukan anak, bukan senang nak keluarkan susu dan bagi anak minum susu. Akibatnya nipple akan luka. Tapi disebabkan kasih dan sayang serta cinta kepada anak, dia bagi juga anak dia menyusu dan dia akan menggigit TUALA untuk tahan sakit!! perghhH!! Macam tuh sekali pengorbanan seorang ibu!! TT_TTAir mata memang dah macam air pancut la waktu tuh! Habis dah tak cool dah. Org kiri kanan tengok. (Aku hantar massege kat Saira dan dia kata "bgong! waktu-waktu cmni boleh pike cool lg??!!"=_=') Oleh itu, hargailah ibu anda....

MAMA, NINA SAYANG MAMA!!! TT_TT

MAMA selalu cerita waktu masa mama muda-muda. Tentang NILAI SEORANG PEREMPUAN, macam ne nk jaga maruah diri dan boleh kata hampir setiap masa aku di ingatkan dan diceritakan kisah-kisah yang sebegini [Pendek cerita, aku dibesarkan dengan cerita-cerita begini]. Dan aku terfikir akan kebenarannya. Ada betul apa yang mama kata, dan aku jadikan mama sebagai ROLE MODEL untuk aku menjadi wanita yang lengkap pada masa akan datang.

Mama selalu kata :

"Seorang PEREMPUAN akan lengkap menjadi seorang WANITA apabila dia melengkapkan 3 perkara :

1. Pandai masak
2. Berkahwin [menjadi seorg Isteri]
3. Melahirkan zuriat "
lalala~~

Secara umum, bende yang 3 ni lah peranan seorang perempuan!.Tapi aku nak tambah skit, utk menjadi wanita yang solehah, dia juga kena ada no 4 iaitu :

"IMAN DAN AKHLAK"

Akhlak yang baik selalunya di kaitkn dengan perempuan, sebab perempuan, adalah ciptaanNya yang sangat lemah lembut. Bila Akhlak dan Imannya cantik, maka cantiklah perempuan itu.

Pn. Normaliza bagitau lagi, bukan senang untuk cari pasangan hidup. Pasal pasangan hidup ni.. hahahh fikir la sendiri. Benda ni aku tak nak ambil tahu. Soalan ni aku PASS..
okay NEXT question please....huhu

"Cinta itu adalah FITRAH dan mmg dlm KOMPONEN MANUSIA"

Tu apa yang Pn Normaliza bagitau lagi. Memang Allah wujudkan rasa CINTA dalam setiap hati manusia. Tapi kadang-kadang manusia lupa, sehingga menyalah ertikan erti CINTA dan tersalah LABEL CINTA pada tahap yang salah.

Apa yang menarik masa part ni yang nak share adalah kata-kata Pn Normaliza tentang cara lelaki layan perempuan..

"Before you, a man, knows how to treat your lady like a princess, first, know how to treat your mother correctly"

hahaha.. aku sangat suka phrase ni! yeah~ that's the correct way.. dan Pn ada sambung lagi...

"Nak tahu camne pasangan kita tuh layan kita lepas kahwin nanti, tengok camne dia layan mak dia. Kalau baik layanannya, maka baiklah dia layan kamu sebagai isterinya nanti...."

hahah.. Bila dah jadi isteri, tiket untuk ke syurga adalah suami dan sebelum bergelar isteri, tiket untuk ke syurga adalah ibu kita. Masa aku mula-mula dengar words ni, aku tak percaya, yang kalau dah jadi isteri, kita kena patuh arahan suami. Maknanya, suami adalah orang first patut kita patuh selepas Allah, dan bukan lagi ibu kita. Aku pernah tanya...

KENAPA? ???

Kata sahabat aku, ecah cikin :

"Bila kita dah kahwin, kita di 'lepaskan' daripada tanggungjawab keluarga dan suami lah yang akan menggalas tggungjawab tu..."

Apa yang penting, sebagai perempuan, kaum HAWA, kena ada perasaan MALU.

Bila Allah tarik perasaan MALU drpd wanita, maka akan berlakulah bencana kat muka bumi

dan kata sahabat aku, Izzati Ariffin :

Malu adalah perisai iman
blush*

Betullah kata-kata ni. Kalau Allah tarik perasaan MALU daripada wanita, memang akan berlaku bencana kat muka bumi Allah ini. Seperti yang kita tengok, anda sendiri pun paham kan? Apa yang berlaku? Maka, renung-renungkanlah....

Bila CINTA sudah menjadi NAFSU, maka ramailah orang yang akan binasa.

Seperti kata Pn. Normaliza lagi

Kalau kamu tak kuat untuk bercinta, jangan bercinta!
Jika kamu diberi pilihan antara CINTA dan CANDU (Dadah), pilihlah CANDU agar kamu tak merosakkan ramai orang dan kamu hanya merosakkan diri kamu sendiri!

Ulasan kepada ayat di atas?
Sila fikir sendiri...

Itu sedikit sebanyak mengenai CINTA

Dan sebagai penutup kepada slot CINTA ni,
nak share doa yang diajarkan oleh Pn. Normaliza ;

"Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kecintaan kepadaMu,
kecintaan kepada orang yang mencintaiMu,
dan kecintaan kepada amalan yang membawa kepada kecintaanMu.
Ya Allah, jadikanlah kecintaanMu lebih dakucintai daripada diriku, hartaku, keluargaku dan air yang sejuk"

Next,

CITA-CITA

hehehe.. Bagi aku, CITA-CITA aku dah mati. Hahahha aku guna word "mati' sbb; It's over! Kalau dah mati mana boleh hidup dah kan? macam tuh la cita-cita aku.ummm

aku tak nak cerita banyak sangat. Apa yang menarik perhatian aku pasal slot ni, aku jumpa 'sinar' baru (poyo je guna 'sinar' =_=') Pn Normaliza bagitau beberapa phrases yang sangat menarik.

"DETERMINATION is what you need to shape the 'you' in the future"
"What you want, and knowing what you want... then the INSTINCT will guide you"

Maknanya, kalau kita tahu apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup, dan bila ada kesungguhan nerd, InsyaAllah, Allah akan bantu kita. Kadang-kadang apa yang kita nak tak semestinya kita dpt sebab mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita.

Dan roomateku, Saira ada berkata lagi kepada aku :

'Hang sedar tak Nina, yang Allah sygkn hang? Allah bagi hang masuk sini, jumpe dgn penceramah tuh, dan ikut program tuh.. utk bg hang harapan baru.. utk hang nmpk...."

Ye.. aku pun terfikir benda yang sama. Tak adil dan tak patut untuk aku kata "CITA-CITA AKU DH MATI" (Saira gelakahahahahh!! bila aku kata macam ni =.=') sedangkan DIA tahu apa yang terbaik untukku, dan dia merancang yang terbaik untukku =']

Itulah sedikit sebanyak pasal program REMAJA DAN SEKSUALITI yang dianjurkan semalam kat DK 500 UiTM Puncak Alam.

Selepas dengar dan hadir program ni, banyak ilmu yang aku dapat. Apa-apa pun aku percaya, Allah tahu, DIA tahu apa yang terbaik. Jadi, kanak-kanak semua, tak perlulah risau.peace

Last sekali masa habis program tu, Pn Normaliza ada cakap macam ni :

"Alhamdulillah Allah telah memberikan saya peluang bertemu dengan adik-adik semua pada hari ini. Kerana sesungguhnya ini adalah ketetapanNYA semasa saya dlm rahim ibu saya lagi, DIA telah menetapkan utk saya menemui anda pd hari ini..."

Bila fikir balik

"A'ah... semua ini adalah takdirNYA"

Kalau dalam Bahasa Jepun, TAKDIR merujuk pada HITSUZEN. Mereka sangat percaya dengan HITSUZEN (Apa yang aku perasan dalam karya-karya manga dan anime CLAMP la) dan bukan GUZEN atau coincidence atau kebetulan. Tak ada benda yang GUZEN sebenarnya. Semuanya adalah ketetapanNYA. [Kalau ada yang salah, tolong betulkan ye?] salin2

Jadi, kenape nak risau? Kita perlu percaya kepadaNYA dan takdirNYA. Dia TAHU YANG TERBAIK. Aku sendiri dah nampak sebab kenapa aku dicampak ke sekolah di SABAK BERNAM dulu. Alhamdulillah, aku bersyukur dapat masuk SBPI SABAK BERNAM, jumpa dengan kawan-kawan di sana semuagomen. Dan aku bersyukur Allah kabulkan doa aku, dan semua pengajaran dan pelajaran yang aku dapat semasa di Sabak Bernam dulu, bukan setakat ilmu dunia malah juga ilmu akhirat. Dan ilmu-ilmu itulah yang membantu aku untuk teruskan perjalanan hidup aku kini dan akan datang.

Apa-apa pun....

Percayalah kepadaNYA.... =]

ballon

1 comments:



~Cimop Blur~ said...

Salam.. adik.. kak cima jadi org pertame komen.. yeahhh!! hhaha..

Okey, kak cima pom xpenah gi ceramah Remaja N Seksualiti nie. So thanz coz letak info kat blog nina nie, sedikit sebanyak masuk jugak dlm kepale hotak kak cima nie. Kak cima sangat berminat dengan word antara cinta N candu[dadah] pilihlah dadah coz sekurg2 nyew merosakkan diri sendiri xmyusahkan org lain kan.. hehe.. i like =)

Bout cinte pada IBU N BAPA. agak terkaku disini kan, eee.. teroknyew kak cima.huhuhu =(

Ape2 pom best bace tajuk nie. serius walaupun agak pening sikit bace, hahaha.. GoOd LucK DeaR ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...