Total Pageviews

Memory with Ham-Ham

Pada tahun 2005, kami dikejutkan dengan "seorang" lagi ahli dalam keluarga kami, iaitu seekor hamster bernama HAM-HAM. HAM-HAM manja sangat. Kami sekeluarga sayangkan dia. Walaupun dia haiwan, dia masih lagi boleh bermanja dengan kami, bermain-main dengan kami (walaupun kecil, risau jugak takut terpijak). Kalau HAM-HAM penat, dia berhenti dekat kami, pastu tidur, sambil belai-belai muka dia. Tak boleh lupa muka dia yang comel tuh. HAM-HAM suka sangat makan kuaci. Ingat lagi masa tu, kami bagi dia kuaci, dia makan dekat-dekat kami sambil belai-belai badan dia. Ngada-ngada!


Bukan gambar sebenar : HAM-HAM tetap dalam ingatan

Ada sekali tu, HAM-HAM hilang! Dia termasuk kat dalam lubang kat tepi longkang. Kami semua kelam-kabut cari dia. Adik aku, Fifa dah meraung-raung dah (dia rapat ngan HAM-HAM). Kami risau takut HAM-HAM kene makan dengan ular ke, mati sebab lapar ke, lemas dan macam-macamla. Semua risau. Mama la yang usaha letak susu pekat kat tepi-tepi longkang tu nak panggil HAM-HAM keluar. Tak lama pastu, HAM-HAM datang. Kami apa lagi, terus tarik dia keluar. Kami bersyukur sangat sebab masa tu Allah bagi kami kesempatan untuk bersama dengan HAM-HAM lagi. Sejak dari kejadian tu, kami jaga dia baik-baik. Tapi, apakan daya, ajal maut ditangan Allah Yang Maha Esa. HAM-HAM pergi jua meninggalkan kami pada tahun 2007 . 3 Tahun kami bersama, memori itu tetap akan terpahat dalam hati kami.

0 comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...